Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

Projek Smart Blind Stick IOT

Gambar projek PENGENALAN Projek Smart Blind Stick IOT merupakan projek tongkat untuk orang buta. Smart blind stick IOT dapat membantu orang buta untuk mengesan objek dihadapan mereka. Apabila objek dikesan dihadapan mereka, sensor ultrasonic akan mengesan objek tersebut dan isyarat dihantar ke pada phone pengguna (app phone)  dan paparan audio dan text akan terhasil pada phone pengguna. Melalui audio ini maka pengguna dapat mengelak objek tersebut. Senarai komponen: 1. Arduino Nano 2. Sensor ultrasonic 3. Module bluetooth 4. Pcb board 5. Bateri 9v 6. Suis 7. Module stepdown 8. Tongkat 9. Casing box Gambar-gambar:  

Projek Monitor Plant IOT

Gambar projek PENGENALAN Projek Monitor Plant IOT merupakan sebuah projek untuk memantau keadaan tanah tanaman dengan menggunakan phone. App yang digunakan untuk monitor tanaman adalah dengan menggunakan App Blynk. Kendalian projek adalah seperti berikut apabila tanah tanaman kering, satu notification akan dihantar kepada pengguna yang memaklumkan bahawa tanaman kekurangan air dan perlu disiram. Apabila notification diterima, pengguna boleh mengaktifkan pump air dengan hanya menekan butang pum air yang terdapat pada app phone dengan menggunakan wifi.  

Projek Cat Feeder Automatic

Video kendalian projek Gambar projek PENGENALAN Projek Cat Feeder Automatic dibangunkan untuk memudahkan pengguna menguruskan pemberian makanan kepada kucing dengan mudah. Projek ini akan berfungsi apabila kucing menghampiri projek ini, bekas makanan akan terbuka dan mengeluarkan makanan secara automatik. Gambar-gambar projek:  

Projek Garbage IOT

  Gambar projek PENGENALAN Projek Garbage IOT merupakan projek tong sampah yang mempunyai sistem untuk mengesan aras kandungan sampah di dalam tong sampah dengan menggunakan app pada phone. Aras sampah di dalam tong sampah dilevelkan kepada 3 aras iaitu aras rendah, aras sederhana dan aras tinggi. Oleh itu, pengguna boleh monitor kandungan aras sampah di dalam tong sampah hanya dengan menggunakan phone. Gambar-gambar projek: Tong sampah Pemasangan litar  Litar utama projek Bateri bolehcas Pemegang bateri PCB board Module Bluetooth Arduino Nano

Projek Ampaian Baju Automatik IOT

Gambar projek (pandangan belakang) Gambar projek (pandangan tepi) PENGENALAN Projek Ampaian Baju Automatik IOT merupakan prototaip projek ampaian baju sebenar. Projek ini akan beroperasi mengikut 4 keadaan: Keadaan 1: Tidak Hujan - Ampaian akan keluar dari pelindung secara automatik Keadaan 2: Hujan - Ampaian akan masuk ke dalam pelindung secara automatik Keadaan 3: Mendung - Ampaian akan keluar dari pelindung secara automatik Keadaan 4: Hujan Panas - Ampaian akan masuk ke dalam pelindung secara automatik Setiap pergerakan ini akan dihantar satu notification kepada pengguna untuk memaklumkan ampaian telah dikeluarkan atau dimasukan. Semua pergerakan keluar masuk ampaian direkodkan berserta dengan masa di dalam app blynk. Gambar-gambar pembangunan projek: Sensor Hujan Sensor Suhu Module stepdown Relay 5V Bateri Bolehcas Sensor LDR NodeMCU esp8266